KUALA LUMPUR, 31 Mac -- SAMBUTAN HANGAT... Pusat sehenti pendaftaran secara online dan semua gerai pameran Universiti tempatan sesak selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin hadir ke majlis perasmian penutup "Karnival Jom Masuk U"anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.Karnival ini telah menjelajah 10 zon seluruh negara dan telah menarik 460,000 pengunjung terdiri pelajar lepasan sekolah dan ibu bapa .Lebih 24 IPTA serta Kolej Swasta menyertai karnival ini. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA