GEORGE TOWN, 3 Apr -- Para pelajar SMK Bukit Gelugor memerhatikan rangka tulang pra sejarah semasa melawat Makmal Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.Mereka melawat makmal berkenaan selepas menghadiri majlis perasmian Galeri dan Makmal Arkeologi USM yang disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Prof Datuk Omar Osman.Galeri Arkeologi USM menyediakan maklumat penyelidikan dan penemuan arkeologi sepanjang 25 tahun manakala Makmal Sains Arkeologi yang dilengkapi beberapa peralatan baru dan canggih digunakan bagi memacu penyelidikan arkeologi ke tahap yang lebih bermutu dan berdaya saing.Majlis perasmian tersebut diadakan sempena ulangtahun ke-25 Penyelidikan Arkeologi USM.--fotoBERNAMA(2012)HAKCIPTA TERPELIHARA