KUALA LUMPUR, 6 Apr -- Naib Presiden Persatuan Kapal Layar Malaysia (MYA) Datuk Wan Hisham Wan Salleh (kiri) bersama Pengurus Kanan Operasi TBest Events Sdn Bhd Muhamed Shafique Mohamed Iqbal menunjukkan banting kejohanan ketika sidang akhbar mengenai Kejohanan "Malaysian Match Racing Circuit 2012" di Bangsar, hari ini.Pusingan pertama kejohanan akan diadakan pada 11 hingga 13 Mei 2012 di Tanjong Muroh, Lumut, Perak dan pusingan kedua diadakan pada 29 Jun hingga 1 Julai 2012 di Pulau Indah, Selangor.Pusingan ketiga akan diadakan pada 20 hingga 23 September 2012 di Pulau Duyong, Terengganu.--fotoBERNAMA (2012) HAK CIPTA TERPELIHARA