MELAKA, 8 Apr -- Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan) melawat salah seorang pelajar SMK St. Francis, Bandar Hilir yang dirawat di wad kecemasan, Hospital Melaka selepas terkena renjatan akibat panahan petir di Kem Pengakap Pengkalan Badak kira-kira jam 5.30 petang di sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu seramai 15 pelajar dari sekolah tersebut yang mengikuti perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dikejarkan ke Hospital Melaka setelah mengadu sakit badan dan sesak nafas.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA