PUTRAJAYA, 15 Mac -- Ketua Pegawai Operasi Malaysian Takaful Association (MTA) Hasri Hamidan (dua,kanan) beramah mesra bersama anak-anak dari Rumah Pengasih Warga Prihatin Bangi pada program Sinar Kasih: iftar & Silaturrahim bersama Pelajar, Anak Yatim dan Asnaf di sebuah pusat membeli belah hari ini.Seramai 78 anak yatim dan asnaf dari Rumah Pengasih Warga Prihatin, Bangi diraikan dalam program Sinar Kasih: Iftar dan Silaturrahim Bersama Pelajar Anak Yatim dan Asnaf anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dengan kerjasama Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re).Program sempena Ramadan itu memberi peluang kepada anak-anak berkenaan memilih sendiri pakaian serta keperluan hari raya melalui sesi membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah, sekali gus membawa kegembiraan kepada mereka menjelang Syawal.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***