KUALA LUMPUR, 11 April -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan melafazkan ikrar sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara di sini, hari ini.Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Pertabalan kali ini melakar sejarah negara kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, pertama kali dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 23 Julai 1970 semasa berusia 42 tahun.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERELIHARA