KUALA LUMPUR, 11 April -- Raja-raja Melayu serta para tetamu kenamaan meninggalkan Balairong Seri selepas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini hari ini. Pertabalan kali ini melakar sejarah negara kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, pertama kali dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 23 Julai 1970 semasa berusia 42 tahun.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERELIHARA