KUALA LUMPUR, 11 April -- Anggota Angkatan Tentera Malaysia melakukan tembakan meriam kehormat sebanyak 21 das sempena Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta di sini, hari ini.Pertabalan kali ini melakar sejarah negara kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, pertama kali dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 23 Julai 1970 semasa berusia 42 tahun.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERELIHARA