MELAKA, 11 April -- Wartawan akhbar Cina, Tan Ho Hong menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas seorang penunggang motosikal menendang pintu dan menghentak cermin keretanya menggunakan topi kaledar selepas kedua-dua mereka terlibat dalam kemalangan kecil di Pokok Mangga di sini, semalam.Dalam kejadian 10 malam itu, suspek yang berusia 20-an itu turut memanjat bonet depan kereta mangsa sebelum memijak cermin hadapan beberapa kali sehingga retak.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA