JOHOR BAHARU, 12 April -- Peserta berkuda menyertai peringkat saringan acara ekuestrian Kejohanan UTM International Johor Horse Show 2012 di UTM Skudai Johor Baharu di sini hari ini.Seramai 16 peserta dari dalam dan luar negara yang mewakili 24 kelab mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung pada 11 hingga 15 April 2012.Antara kejohanan yang dipertandingkan ialah dressage, show jumping (ekuestrian) dan pony club mounted games.Sementara itu, seramai 60 peserta termasuk penunggang negara turut mengambil bahagian dalam tiga kategori endurance iaitu 20km, 40km dan 80km.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA