KUALA LUMPUR, 19 April -- Ahli-ahli Persatuan Jurufoto Akhbar Malaysia (MPPA) Bikers memulakan konvoi "Charity Ride to Phuket Bike Week 2012" yang disertai lapan buah motosikal dan sebuah kereta di sini hari ini.Perjalanan hampir 2,000km yang mengambil masa selama 30 jam (dua hala) yang bermula dari Bangsar yang dilepaskan oleh Timbalan Presiden MPPA, Norhaizat Abdul Samad.Phuket Bike Week merupakan acara tahunan bagi merapatkan hubungan penunggang motosikal berkuasa tinggi antara negara ASEAN. Ahli MPPA bakal menimba pengalaman berinteraksi dan berkenalan dengan peserta pelbagai negara termasuk Thailand, Singapura, Indonesia, Eropah dalam suasana santai disamping membina jaringan tugasan.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA