SONGKLA, 21 April -- Ketua Konvoi, Effendy Rashid (kanan) mengisi tangki motosikaI Ibrahim Airudin ketika konvoi "Charity Ride to Phuket Bike Week 2012" di sini, hari ini.Seramai 11 ahli Persatuan Jurufoto Akhbar Malaysia (MPPA) Bikers berkonvoi yang disertai lapan buah motosikal dan sebuah kereta.Program yang diadakan sejak 20 hingga 22 April itu merupakan acara tahunan bagi merapatkan hubungan penunggang motosikal berkuasa tinggi antara negara ASEAN. Ahli MPPA bakal menimba pengalaman berinteraksi dan berkenalan dengan peserta pelbagai negara termasuk Thailand, Singapura, Indonesia, Eropah dalam suasana santai disamping membina jaringan tugasan.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA