PHUKET, 22 April -- Seramai 11 ahli Persatuan Jurufoto Akhbar Malaysia (MPPA) Bikers melawat Karnival Pantai Patong selepas berkonvoi dalam "Charity Ride to Phuket Bike Week 2012" yang disertai oleh lapan buah motosikal dan sebuah kereta di sini.Program tersebut diadakan dari 20 April hingga 22 April ini sebagai acara tahunan bagi merapatkan hubungan penunggang motosikal berkuasa tinggi antara negara ASEAN. Ahli MPPA menimba pengalaman berinteraksi dan berkenalan dengan peserta pelbagai negara termasuk Thailand, Singapura, Indonesia, Eropah dalam suasana santai disamping membina jaringan tugasan.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA