GEORGE TOWN, 23 April -- Polis menemui sebuah kereta tersadai di Jalan Agryll dipercayai ditinggalkan oleh sekumpulan penyamun di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata hasil pemeriksaan mendapati kereta berkenaan pernah dilaporkan hilang di Bukit Tengah Seberang Perai Tengah pada 28 Januari lepas. Polis turut menemui sarung parang, topeng muka dan telefon bimbit dalam kereta itu.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA