LONDON, 26 April -- Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (kiri) yang mengetuai barisan kerabat diraja berangkat menghadiri Festival Fesyen Islamik (IFF), majlis berprofil tinggi di sini. Mengiringi Tuanku Hajah Haminah ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (dua dari kiri), yang merupakan penaung IFF. Turut berangkat Sultanah Kalsom dari Pahang (dua dari kanan).IFF, yang kini adalah acara global, pertama kali diadakan di London pada Julai 2011. -- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA