KUALA LUMPUR, 27 April -- CONGKAK TRADISIONAL 200 TAHUN... Cengkerang siput putih digunakan sebagai buah permainan bagi permainan congkak oleh masyarakat awal kaum India Muslim di Malaysia.Presiden Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (IMcom) Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, congkak tradisional ini telah berada di dalam simpanan keluarganya sejak turun temurun selama 5 generasi, dan akan dipamerkan pada Pesta Kebudayaan Dan Warisan India Muslim 2012 di Masjid India pada 29 April ini.Selain congkak yang berasal dari Panaikulam, India Selatan itu, terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional masyarakat India Muslim Malaysia akan dipamerkan termasuk beberapa jenis juadah makanan.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA