PUTRAJAYA, 15 Mac -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan Cik Era, pembantu pintar berasaskan AI di portal JomQuit KKM, sebagai titik permulaan bagi mereka yang ingin berhenti merokok. Perkhidmatan ini menyediakan panduan dan sokongan interaktif bagi membantu perokok mengambil langkah pertama ke arah gaya hidup lebih sihat.Orang ramai digalakkan untuk memanfaatkan AI assistant ini bagi mendapatkan nasihat, strategi dan motivasi dalam usaha menghentikan tabiat merokok, sekali gus mengurangkan risiko penyakit berkaitan dan meningkatkan kualiti hidup.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA