GEORGE TOWN, 5 Mei -- Penganut agama Buddha dan Hindu menyambut perayaan berkembar hari ini di mana penganut Buddha menyambut perayaan Hari Wesak manakala penganut Hindu menyambut perayaan Chitra Paravum (Mini Thaipusam).Penganut-penganut Buddha mengunjungi rumah berhala mereka untuk mendapat restu dari Buddha manakala sebelah petang perarakan berhias yang membawa patung Buddha berarak dari Malaysia Buddhist Association (MBA) di Jalan Burma dan mengelilingi bandaraya Georgetown sebelum kembali ke MBA.Penganut agama Hindu pula menyambut perayaan Chitra Paravum dengan membawa pelbagai jenis kavadi yang berwarna-warni dan saiz ke kuil Arulmigu Balathandayuthabani yang terletak di atas bukit Jalan Kebun Bunga sebagai tanda membayar nazar dan mendapat restu dari Dewa Murugan.Kelihatan penganut Hindu yang mencucuk seluruh badan dengan belangga kecil yang berisi susu menuju ke kuil Arulmigu Balathandayuthabani sebagai tanda membayar nazar dan mendapat restu dari Dewa Murugan.--fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA