BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diiringi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selaku Menteri Pengiring berangkat ke Majlis Santapan Malam Bersama Rakyat Malaysia di Negara Brunei Darussalam sempena lawatan rasmi selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei di sini, hari ini.Turut sama isteri Raja Nong Chik, Datin Nafesah Nong Chik.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA