KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman (kanan) melihat Pingat NATO-ISAF yang tersemat di baju Komander Pasukan Malaysian Contingent 3 International Security Assistance Force (MALCON 3 ISAF), Lt Kol Nordin Mohd Yusof sambil diperhatikan oleh para anggota pasukan MALCON 3 ISAF selepas majlis penganugerahan pingat berkenaan bersama majlis pembubaran MALCON 3 ISAF di Wisma Transit di sini, hari ini.Pembubaran pasukan MALCON 3 ISAF dilakukan selepas selesai melaksanakan misi bantuan kemanusian selama enam bulan di Afghanistan bermula Oktober 2011 hingga April 2012 baru-baru ini. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA