KUALA LUMPUR, 10 Mei -- DEMI NEGARA ... Anggota pasukan Malaysian Contingent 3 International Security Assistance Force (MALCON 3 ISAF), Lans Koperal Zulkifli Zakaria (tengah) diraikan oleh empat anggota wanita MALCON 3 ISAF (dari kiri), Kapt (Dr) Naili Hayati Abdul Mukti, PW Noorita Yaacob, Kapt (Dr) Noor Azimah Zakaria dan KPL Intan Reihaina Mohd Ridzuan dengan menunjukkan Pingat NATO-ISAF yang dianugerahkan oleh Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman pada majlis penganugerahan pingat berkenaan bersama majlis pembubaran MALCON 3 ISAF di Wisma Transit di sini, hari ini.Pembubaran pasukan MALCON 3 ISAF dilakukan selepas selesai melaksanakan misi bantuan kemanusian selama enam bulan di Afghanistan bermula Oktober 2011 hingga April 2012 baru-baru ini. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA