PUTRAJAYA, 15 Mac -- Bagi perokok yang ingin berhenti merokok, Cik Era, pembantu pintar berasaskan AI di portal JomQuit KKM, boleh dijadikan titik permulaan. Perkhidmatan ini menyediakan panduan, strategi dan sokongan interaktif untuk membantu perokok mengambil langkah pertama ke arah gaya hidup lebih sihat.Orang ramai digalakkan melayari AI assistant ini bagi mendapatkan bantuan berhenti merokok, sekali gus mengurangkan risiko penyakit berkaitan rokok dan meningkatkan kualiti hidup mereka.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA