BANDAR TUN RAZAK, 28 Mei -- Sekumpulan pengunjung melihat risalah dan borang mengenai pinjaman perniagaan yang ditawarkan agensi terlibat semasa hadir pada Bengkel Pembiayaan Mikro "Jom Niaga", di sini hari ini.Bengkel yang dianjurkan SME Corp, sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu merupakan siri jelajah "Jom Niaga" bertujuan menyampaikan maklumat terkini mengenai skim pembiayaan mikro oleh agensi-agensi seperti TEKUN Nasional, Mara, Agrobank, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA