KOTA KINABALU, 4 Jun -- Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam (tengah) sedang berbincang dengan Pesuruhjaya Muhamad Sha'ani Abdullah (kanan) semasa sesi Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli Malaysia bagi Pembukaan Pendengaran Awam Sabah di Wawasan Plaza, di sini hari ini.Turut hadir Pesuruhjaya Jannie Lasimbang (kiri).Suhakam akan meneruskan siri perundingan dan pendengaran awam berhubung inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asal di Sabah, selama 14 hari sehingga 16 Jun ini.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA