PULAU MABUL, 5 Jun -- Petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Abu Zaki Abdul Jalal menggunakan teleskop membuat persiapan sebelum berlakunya kejadian sebenar fenomena Transit Planet Zuhrah yang akan berlaku pada esok bermula jam 6.10 pagi dan berakhir pada 12.40 tengahari di sini hari ini.Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, apabila melihatnya dalam keadaan 'bulatan hitam kecil' melintas di permukaan matahari.Fenomen transit pernah berlaku pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA