KOTA KINABALU, 6 Jun -- Isteri kepada Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens, Toh Puan Rahimah Stephens (tiga,kiri) melawat galeri pameran selepas majlis Memperingati Mangsa Nahas "Double Six" di Galeri Double Six Sembulan,di sini, hari ini.Allahyarham Tun Mohd.Fuad Stephens merupakan Ketua Menteri pertama Sabah.Allahyarham bersama dengan Menteri dan Pembantu Menteri serta lima lain termasuk juruterbang terkorban semasa nahas kapal terbang jenis GAF Nomad Light pada tahun 1976 di Sembulan.Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Khoo (kiri) dan Pembantu Menteri kewangan,Datuk Donald Peter Mojuntin, anak kepada mendiang Datuk Peter Mojuntin yang turut terkorban dalam nahas tersebut.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA.