GEORGE TOWN, 11 Jun -- Beginilah gelagat para peserta semasa memakan burger "Gergasi" dalam pertandingan "The Matterhorn Challenge" di Gurney Plaza di sini, baru-baru ini.Seramai 20 orang mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang dianjurkan oleh Euro-Deli Biergarten Sdn Bhd dan Gurney Plaza.Peserta diberi masa selama 45 minit untuk menghabiskan burger yang berukuran setinggi sembilan inci dan lebar enam inci yang seberat tiga kilogram.Tiada peserta yang dapat menghabiskan burger "Gergasi" dalam masa yang ditetapkan bagi merebut wang tunai sebanyak RM888 dan piala.Bagaimanapun para peserta yang dapat menghabiskan kebanyakan burger berkenaan mendapat hadiah yang lumayan.Pertandingan itu yang pertama kali diadakan di negeri ini akan mula diadakan setiap tahun.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA