SEREMBAN, 14 Jun -- Anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil untuk membantu menurunkan seorang GRO yang bersembunyi di atas bumbung ketika operasi itu dijalankan.Seramai 47 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam tiga serbuan berasingan yang dijalankan Jabatan Imigresen negeri di tiga buah premis hiburan di sekitar bandar ini, di sini malam tadi.Pengarah Jabatan Imigresen negeri Faizal Fazri Othman berkata, kesemua wanita berusia antara 18 hingga 45 tahun itu terdiri daripada 27 warga China dan 20 warga Vietnam.Mereka ditahan kerana disyaki melanggar pelbagai peraturan imigresen seperti menyalahgunakan pas lawatan sosial, tidak memiliki dokumen perjalanan dan dokumen tidak sah.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA