KUANTAN, 18 Jun -- Nelayan Khairul Anizam Abidin, 31 (dua dari kiri) menunjukkan seekor ikan pari daun yang berjaya ditangkapnya semasa tinjauan fotoBERNAMA di Pantai Kampung Cempaka, di sini hari ini.Dia bersama kawannya, Mohd Riduan Abdul Rahman mengambil masa kira-kira sejam untuk menaikkan ikan pari yang seberat 130 kilogram itu yang tersangkut pada rawai semasa menangkap ikan di perairan pantai itu.Menurut Khairul, pari daun seberat itu semakin sukar ditemui di perairan berkenaan dan menganggap dirinya bertuah kerana dapat membawa pulang hasil tangkapan sebegitu.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA