KUANTAN, 18 Jun -- Nelayan pantai Khairul Anizam Abidin, 31 (kanan) dan rakannya Mohd Riduan Abdul Rahman, 27 (dua dari kiri) menunjukkan seekor ikan pari daun yang berjaya ditangkap mereka semasa tinjauan fotoBERNAMA di Pantai Kampung Cempaka, di sini hari ini.Mereka mengambil masa kira-kira sejam untuk menaikkan ikan pari seberat 130 kilogram yang tersangkut pada rawai semasa menangkap ikan di perairan pantai itu. Menurut Khairul, pari daun seberat itu semakin sukar ditemui di perairan berkenaan dan menganggap dirinya bertuah kerana dapat membawa pulang hasil tangkapan sebegitu.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA