SEREMBAN, 6 Julai -- Kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan Siti Azmiza Omar menunjukkan stem keluaran khas sempena Persidangan Antarabangsa Melayu Polynesia oleh Pos Malaysia Berhad di sini, hari ini. Stem keluaran khas yang boleh digunakan untuk urusan surat menyurat itu di jual pada satu helaian yang mengandungi 20 keping stem berharga RM20 dengan nilai 60 sen sekeping. Stem itu dilancarkan oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Radzi Kail. Stem keluaran khas itu itu hanya boleh di beli di dua tempat iaitu tempat berlansungnya Persidangan Melayu Polynesia di Klana Resort dan Pesta Adat Pepatih di Seri Menanti yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok hingga Ahad. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** CAPTION STORY