KUANTAN, 7 Julai -- Peniaga, Nazri Rahman, 36, bersama barang jualannya iaitu alat tiupan yang dijual dengan harga RM5 setiap satu semasa tinjauan fotoBERNAMA sempena Sukan Malaysia (Sukma) di perkarangan Stadium Darul Makmur di sini hari ini.Sukma edisi ke-15 Pahang ini dianggap sebagai durian runtuh bagi peniaga kecil ini apabila jualannya laris kerana alat tiupan itu menjadi pilihan penonton serta penyokong yang ingin memeriahkan lagi acara sukan dipertandingkan.Maka tidak hairanlah dia yang berasal dari Rawang, Selangor sanggup datang sejauh itu ke Kuantan bagi mengambil kesempatan mencari rezeki lebih sempena Sukma kali ini.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA