PATTANI, 8 Julai -- Setiausaha Agung Sekretariat Ar Rahnu serantau yang juga Ketua Pengarah YaPEIM Datuk Dr Abdul Malek Awang Kechil (kiri) semasa menjawab persoalan dari ahli-ahli persidangan pada majlis penutup Persidangan Sekriatariat Ar Rahnu Serantau 2012 di sini, hari ini.Turut kelihatan Pengerusi Koperasi Islam Pattani Thailand Zainal Abidin Sulong Tohmeena (dua, kiri) dan Pengarah Sekretariat Ar Rahnu Serantau Abibullah Samsudin (tiga, kiri).Persidangan ini diwakili oleh enam buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Kemboja dan Timor Leste dengan tujuan "Memperkukuhkan Program Mikro Kredit (Ar-Rahnu), Memupuk Budaya Keusahawanan : Ke Arah Mengoptimumkan Kesejahteraan Ummah di Rantau Asia Tenggara".--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA