KUANTAN, 13 Julai -- Exco Pelancongan Pahang merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif (kiri) bersama Pengarah Perikanan Pahang, Adnan Hussain (tengah) dan Penghulu Mukim Penor, Ihsan Hamzah melepaskan benih udang galah dan ikan air tawar ke sungai Penor, di sini hari ini.Langkah itu bertujuan meningkatkan sumber pendapatan nelayan-nelayan sungai sekitar mukim Penor yang bergantung kepada hasil tangkapan di sungai.Sebanyak 20,000 benih udang galah serta 20,000 benih ikan lampan dan 200 anak ikan ketutu dilepaskan ke sungai itu bagi tujuan pembiakan. Pada program sama, Shafik turut menyampaikan lesen sampan kepada 25 nelayan sungai sekitar mukim tersebut.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA