KUANTAN, 13 Julai -- Exco Pelancongan Pahang merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif (dua,kanan) beramah mesra dengan 25 orang nelayan sungai sekitar Mukim Penor yang menerima lesen sampan sempena Majlis Pelepasan Benih Udang Galah dan Ikan Air Tawar di Sungai Penor, di sini hari ini.Turut hadir Pengarah Perikanan Pahang, Adnan Hussain (kanan).Pada majlis itu sebanyak 20,000 benih udang galah serta 20,000 benih ikan lampan dan 200 anak ikan ketutu dilepaskan ke sungai itu bagi tujuan pembiakan. Langkah itu bertujuan meningkatkan sumber pendapatan nelayan-nelayan sungai sekitar mukim Penor yang bergantung kepada hasil tangkapan di sungai.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA