KUANTAN, 13 Julai -- Aksi Exco Pelancongan Pahang merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif (kiri) semasa melepaskan salah seekor anak ikan ketutu ke sungai Penor, di sini hari ini.Turut sama Pengarah Perikanan Pahang, Adnan Hussain (tengah) dan Penghulu Mukim Penor, Ihsan Hamzah.Sebanyak 20,000 benih udang galah serta 20,000 benih ikan lampan dan 200 anak ikan ketutu dilepaskan ke sungai itu bagi tujuan pembiakan. Langkah itu bertujuan meningkatkan sumber pendapatan nelayan-nelayan sungai sekitar mukim Penor yang bergantung kepada hasil tangkapan di sungai.Pada program sama, Shafik turut menyampaikan lesen sampan kepada 25 nelayan sungai sekitar mukim tersebut.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA