MERSING, 1 Mac -- Para nelayan tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga RM1 sempena Program Paso Singgit Nelayan Daerah Mersing di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Mersing, di sini.Program berkenaan merupakan inisiatif kebajikan bagi membantu golongan nelayan yang memerlukan di sekitar daerah Mersing, sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup selain menyokong kesejahteraan komuniti setempat.Seramai 100 nelayan yang dikategorikan sebagai asnaf disasarkan sebagai penerima manfaat, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas merangkumi barangan kering dan basah pada harga minimum sekali gus mengurangkan beban kewangan mereka.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA