MELAKA, 25 Julai -- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka, Supt Soh Hock Sing menunjukkan gambar yang digunakan sindikit penipuan wanita yang didalangi tujuh lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan bagi menarik perhatian mangsa mereka pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.Sindiket tersebut menggunakan emel dan facebook untuk berinteraksi dengan wanita yang kesunyian menggunakan pujuk rayu sebelum menjadikan mereka mangsa penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian ribuan ringgit.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA