KANGAR, 26 Julai -- Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mencari mangsa lemas menggunakan bot penyelamat di Sungai Perlis berhampiran Taman Pelangi dekat sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi mangsa, Nor Azhar Osman, 23, yang berasal dari Kampung Baru Jalan Semarak, Kuala Perlis dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut.Gerakan mencari dimulakan oleh unit skuba pasukan bomba pada 8.30 pagi tadi.Sehingga kini, mayat mangsa masih belum ditemui.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA