GEORGE TOWN, 28 Julai -- Pasukan tarian singa Shen Zhen Huai De Lion Dance dari China ketika membuat pertunjukkan dalam pertandingan Antarabangsa Tarian Singa Di Atas Tiang di Stadium Tertutup Han Chiang di sini, hari ini.Pasukan tersebut mendapat tempat kedua dengan memperolehi wang tunai RM5,000 dan piala.Sebanyak 17 pasukan menyertai pertandingan tersebut antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan, China dan Hong Kong. Pasukan Taman Aman Dragon dan Lion Dance Sport Club dari Malaysia menjadi Johan dalam pertandingan berkenaan.