GEORGE TOWN, 1 Ogos -- Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar (kiri) dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh ketika menunjukkan papan litar elektronik yang mengandungi cip berharga RM2.6 juta ditemui semula pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di sini, hari ini.Sebanyak 33 set papan litar elektronik dilaporkan hilang dari sebuah syarikat multinasional di Seberang Perai pada 4 Jun lepas.Hasil daripada siasatan pihak polis dua dari 33 papan litar elektronik berkenaan ditemui semula dalam serbuan berasingan di sekitar Bukit Mertajam pada 15 Julai lepas.--fotoBERNAMA(2012)HAKCIPTA TERPELIHARA