GEORGE TOWN, 2 Ogos -- Seorang pekerja kontraktor membaiki bumbung sebuah bangunan di Jalan Sultan Ahmad Shah yang berlatarbelakangan pemandangan kabur bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) berikutan jerebu yang melanda di negeri ini.Indeks Pencemar Udara (IPU) pada 11 pagi tiga kawasan di Pulau Mutiara ialah Seberang Jaya 2, Perai mencatatkan bacaan 79, Prai (70) dan USM (63).Pengaruh angin monsun barat daya dan pembakaran terbuka yang tidak terkawal di Sumatera, Indonesia telah mengakibatkan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA