GEORGE TOWN, 5 Ogos -- Seorang anggota polis mengambil sebilah parang daripada tiga bilah parang yang digunakan oleh tiga perompak warga Indonesia untuk menyerang anggota polis di sebuah kawasan perumahan di Taman Jesselton, Pulau Tikus awal pagi hari ini.Tiga penjenayah warga Indonesia itu ditembak mati oleh sepasukan anggota polis ditempat kejadian selepas bertindak agresif dan cuba menyerang anggota.Penjenayah berkenaan adalah dari kumpulan yang dikenali sebagai 'Lima' yang aktif memecah masuk dan merompak kawasan perumahan sekitar Tanjung Tokong, Jelutong dan Pulau Tikus.Polis percaya dapat menyelesaikan 18 kes membabitkan kerugian lebih RM500 ribu berdasarkan laporan yang diterima sejak Januari hingga Julai lepas.-- fotoBERNAMA(2012)HAKCIPTA TERPELIHARA