MAKKAH, 28 April -- Integrasi peta Google Walk dalam aplikasi THhujjaj merupakan antara kemudahan digital yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membantu jemaah haji Malaysia mengelakkan risiko tersasar, khususnya selepas menunaikan umrah pertama di Masjidil Haram.Pengarah Operasi Maktab, Mohd Fahmi Kamarudin berkata isu jemaah tersasar arah ketika pergi dan pulang ke penginapan merupakan antara cabaran yang sering dihadapi setiap musim haji, terutama melibatkan jemaah yang kurang arif dengan laluan sekitar Makkah.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA