MAKKAH, 6 Mei -- Jemaah haji Mat Isa Hassan, 65, seorang petani dari Sabak Bernam, Selangor, meluahkan rasa syukur sebaik tiba di bumi Makkah selepas melalui pengalaman mencemaskan apabila pesawat yang membawa beliau bersama ratusan jemaah lain terpaksa melakukan pendaratan di Muscat, Oman susulan masalah teknikal pada Isnin.Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 yang mendarat di Lapangan Terbang Muscat pada 4 Mei lepas itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada 5.33 pagi waktu tempatan hari ini.Kesemua 278 jemaah kemudian dibawa ke bangunan penginapan mereka di Rehab Al Janadriyah di sini dan disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun bersama barisan pengurusan serta petugas TH yang telah bersiap siaga lebih awal.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA