PADANG BESAR, 11 Ogos -- Anggota Polis dari Hal Ehwal Awam (HEA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Sarjan Major Norma Darus (dua, kanan) memberikan penerangan mengenai pencegahan jenayah kepada pengunjung-pengunjung pasar sehari Balai Baru dalam Ops Balik Kampung dekat sini, hari ini.Sebanyak 500 keping "borang balik kampung" diedarkan sepanjang Ops tersebut yang bermula 10 pagi tadi sehingga 12 tengah hari.Orang ramai yang ingin meninggalkan rumah untuk balik ke kampung sempena Hari Raya Adilfitri ini dinasihatkan untuk mengisi "borang balik kampung" dan di serahkan di balai polis berhampiran.Pihak polis akan mengadakan rondaan ke rumah-rumah yang penghuninya balik ke kampung sepanjang musim perayaan ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian jenayah.Ops tersebut melibatkan 12 pegawai dan anggota polis dari IPK Perlis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, 17 anggota Kadet Polis dari tiga buah sekolah menengah berdekatan dan 7 orang anggota Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah Menengah Tengku Suleiman.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA