MAKKAH, 6 Mei -- Jemaah haji Bibit Tugiman, 74, berkongsi detik cemas apabila pada awalnya tidak menyedari situasi yang berlaku sehinggalah dimaklumkan kru penerbangan bahawa pesawat telah mendarat di Muscat, Oman, ketika ditemui sejurus selamat tiba di sini.Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 yang mendarat di Lapangan Terbang Muscat pada 4 Mei lepas susulan masalah teknikal itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada 5.33 pagi waktu tempatan hari ini.Kesemua 278 jemaah kemudian dibawa ke bangunan penginapan mereka di Rehab Al Janadriyah di sini dan disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun bersama barisan pengurusan serta petugas TH yang telah bersiap siaga lebih awal.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA