SHAH ALAM, 15 Ogos -- Ahli perniagaan, Mohd Zullaimy Muhammad, 45, (kiri) dijatuhi hukuman denda RM800,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah terhadap lapan pertuduhan menggunakan borang Permit Import (AP) palsu bagi mengimport lapan buah kenderaan mewah.Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dengan menyubahati seorang pengurus syarikat bagi memindahkan lapan buah kenderaan jenis Toyota Estima (dua buah), Toyota Harrier (tiga buah), Mercedez Benz (sebuah), BMW Mini Cooper (sebuah) dan Toyota MR-S (sebuah) di Unit Taksiran Kenderaan Import Bersetempat, Kastam Diraja Malaysia, Pelabuhan Klang, antara 7 Dis 2005 dan 13 Jan 2006.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA