KOTA KINABALU, 17 Mac -- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mencatatkan peningkatan jumlah sisa pepejal antara 15 hingga 20 peratus semasa Ramadan berbanding hari biasa berikutan pertambahan aktiviti perniagaan dan operasi bazar.Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal DBKK Leong Tze Fui berkata secara purata bandar raya itu merekodkan antara 400 hingga 500 tan sisa pepejal sehari pada hari biasa dan sepanjang Ramadan, purata yang direkodkan ialah kira-kira 500 hingga 600 tan sehari.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA