SUNGAI PETANI, 25 Ogos -- PUTUS JARI... Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk dan patah pergelangan tangan kiri serta mengalami kecederaan di tapak tangan kanan, mata dan muka selepas mercun bola yang dibakarnya meletup di tangannya sebelum sempat dibaling petang Rabu lepas.Wan Muhammad Anas Amar yang merupakan pelajar tahun empat Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA